Gelsenkirchen ialah sebuah
bandar di bahagian utara kawasan
Ruhr,
Rhine Utara-Westphalia,
Jerman. Jumlah penduduknya pada
31 Disember 2005 adalah 270,057 orang,
[1] dengan 234,964 orang merupakan
warganegara Jerman dan 35,093 orang merupakan penduduk asing. Bilangan penduduk Gelsenkirchen merosot dari tahun ke tahun, dengan jumlah penduduk pada
22 Oktober 2006 merupakan 269,219 orang, termasuknya 35,327 orang penduduk asing.
[2]Gelsenkirchen mula sekali didokumenkan pada tahun
1150, tetapi ia masih merupakan sebuah perkampungan yang kecil sehinggalah
abad ke-19, apabila
Revolusi Perindustrian membawa kepada pertumbuhan di seluruh kawasan berkenaan. Pada tahun
1840, apabila
perlombongan batu arang bermula, 6,000 orang tinggal di Gelsenkirchen tetapi menjelang tahun
1900, jumlah penduduknya telah meningkat sehingga 138,000 orang.Pada awal
abad ke-20, Gelsenkirchen merupakan bandar perlombongan batu arang yang paling penting di
Eropah. Ia dirujuk sebagai "bandar raya seribu kebakaran" kerana serombong-
serombongnya yang berasap. Pada tahun
1928, Gelsenkirchen digabungkan dengan kota-kota
Buer dan
Horst yang bersebelahan dan dinamai
Gelsenkirchen-Buer sehingga tahun
1930 apabila namanya ditukarkan kepada Gelsenkirchen. Pada
zaman Nazi, Gelsenkirchen tetap merupakan sebuah pusat pengeluaran batu arang dan
penapisan minyak dan atas alasan itu, telah dibom oleh serangan udara
Pihak Berikat dalam
Perang Dunia II. Gelsenkirchen kini tidak lagi mempunyai sebarang
lombong batu arang dan oleh itu, sedang mencari-carikan imej yang baru selepas dilanda dengan salah satu kadar
pengangguran yang tertinggi di negara sejak berdekad-dekad lagi. Kini,
loji kuasa suria Jerman yang terbesar terletak di bandar raya ini, dengan sebuah
stesen kuasa batu arang yang mempunyai
serombong yang tertinggi di Jerman (302
meter) terletak di Gelsenkirchen-Scholven.