Gelugor atau
Glugor merupakan sebuah bandar universiti
George Town di
Pulau Pinang. Bandar ini dinamakan sempena "Asam Gelugor", sejenis
pokok asam yang dikenali sebagai "Gu-Lu-Gok" oleh orang Hokkien tempatan. Kondo Twin Tower yang terkenal di Pulau Pinang turut terletak di Gelugor ini berhampiran
Jambatan Pulau Pinang.Gelugor terdiri daripada beberapa kawasan kediaman dan komersil iaitu Taman Brown, Island Glades, Island Park,
Minden Heights, Kampung Kastam,
Taman Tun Sardon, Bukit Gambir, Bukit Gelugor, dan Sungai Gelugor (yang termasyhur kerana mempunyai Sekolah Melayu yang tertua di Malaysia).[
perlu rujukan] Bandar ini berhampiran dengan beberapa mercu tanda negeri seperti
Jambatan Pulau Pinang dan
Universiti Sains Malaysia.Gelugor adalah sebuah bandar dan kawasan perumahan utama dan mewah di Pulau Pinang, Malaysia. Pasaraya besar terkenal di sini ialah
TESCO. TESCO laut Gelugor adalah TESCO yang pertama sekali didirikan di Pulau Pinang. TESCO extra juga telah dibina di USM Sungai Dua.Jambatan Pulau Pinang juga boleh dikatakan jambatan sebelah Gelugor bagi sebahagian orang Pulau Pinang seperti di sebelah Perai. Sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan dibuka di Gelugor ini, iaitu Phor Tay dari George Town dahulu bes dalam Sungai Dua.Institusi Pendidikan Guru di Pulau Pinang juga dibina di Gelugor. Juga segelintir bangunan kerajaan adalah dibina di Gelugor.