Penerbitan Gemencheh_Boys_(filem)

Penggambaran

Pada tahun 2019, penggambaran utama bermula pada 2019 di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, Malaysia di mana Pekin Ibrahim telah memuat naik satu gambar di Twitter (kini dikenali sebagai X) beliau di mana pra-produksi dijalankan ketika itu.[5]

Pengeluaran

Pada asalnya, filem ini dijadualkan ditayangkan pada tahun 2020 menurut SOL Pictures[6][7] tetapi ditunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia termasuk Malaysia menyebabkan filem ini bersama-sama Abang Long Fadil 3, Polis EVO 3 dan Mechamato Movie ditunda (juga terbitan Astro Shaw).

Menurut jadual asal Astro Shaw, filem ini sepatutnya ditayangkan pada November iaitu selepas Rahsia (juga sepatutnya tayang pada Oktober tetapi diawalkan ke Ogos) dan sebelum filem The Experts (dijangka ditayangkan pada Disember 2023 namun ditunda ke 2024).[8] Walau bagaimanapun, filem ini diawalkan iaitu pada 26 Oktober 2023 iaitu tarikh yang sama dengan filem antarabangsa Five Nights at Freddy's dan Saw X (tayangan Malaysia).

Pemasaran

Astro Shaw memuat naik teaser filem pada 22 Ogos 2023 dengan mendedahkan tarikh tayangan filem iaitu pada 26 Oktober 2023.[9] Treler dan poster filem dimuat naik di laman media sosial Astro Shaw pada 7 September 2023 ketika sidang media di TGV Pavillion Bukit Jalil.[10]

Syarikat pembuatan barangan tempatan, A Piece of Malaysia (APOM!) yang dikenali di serata Malaysia menerusi RojakDaily, SAYS, Astro AEC dan sebagainya mereka dan menjual barangan bertemakan filem ini sebagai rakan barangan rasmi.[11]

Astro Shaw mengumumkan bahawa RM1 daripada tiket filem ini akan disumbangkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sebagai tanda solidariti dan kebersamaan Malaysia dan Palestin ekoran serangan Israel ke atas Palesstin.[12]

Rujukan

WikiPedia: Gemencheh_Boys_(filem) https://www.imdb.com/title/tt27756680/ https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2019/05/... https://twitter.com/ifarahahmad/status/11290257761... https://www.myinfotaip.com/2023/08/gemencheh-boys.... https://twitter.com/pekinibrahim7W/status/11144427... https://twitter.com/FilemKita/status/1202124260728... https://twitter.com/KamalRezuan/status/11509708422... https://twitter.com/shafixsharif/status/1620575323... https://www.youtube.com/watch?v=7AzP_zNkuQ0 https://www.youtube.com/watch?v=Bv-JaMmXijY&t=2s