Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011
Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011

Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011

Pada hari Jumaat, 11 Mac 2011, jam 14:46 JST (05:46 UTC),[2][3][4] , berlakunya sebuah gempa bumi di luar pesisir Tōhoku di Lautan Pasifik (東北地方太平洋沖地震, Tōhoku-chihō Taiheiyō Oki Jishin),[5]. Gempa bumi ini merupakan gempa bumi tujahan mega dasar laut yang bermagnitud 9.0 (Mw) yang berpunca di luar pesisir pantai Jepun pada pusat gempa yang terletak kira-kira 70 kilometer (43 mi) di timur Semenanjung Oshika di Tōhoku dengan hipopusat pada kedalaman sekitar 32 km (20 mi) dalam laut.[2][6] Inilah gempa bumi paling kuat yang diketahui pernah melanda jepun, dan salah satu gempa bumi yang terkuat di dunia semenjak bermulanya penyimpanan rekod moden pada tahun 1900.[4][7][8] Gempa ini telah mencetuskan ombak tsunami raksasa yang mencecah ketinggian 40.5 meter (133 ka) di Miyako, Wilayah Iwate di Tōhoku,[9][10] dan melanda sejauh pedalaman 10 km (6 mi) ke pedalaman di kawasan Sendai.[11] Gempa ini telah mengalihkan pulau Honshu 2.4 m (8 ka) ke arah timur serta mencondongkan Bumi pada paksinya sebanyak 10 cm (4 in) hingga 25 cm (10 in).[12][13][14]Tsunami ini menyebabkan sebilangan kemalangan nuklear, terutama sekali peleburan tahap 7 di tiga buah reaktor di kompleks Loji Kuasa Nuklear Fukushima I, sehingga ratusan ribu penduduk berdekatan terpaksa dipindahkan beramai-ramai.[15][16] Bukan sahaja banyak penjana elektrik di sana yang rosak atau terpaksa ditutup, malah sekurang-kurangnya tiga buah reaktor nuklear mengalami letupan disebabkan gas hidrogen yang terkumpul di dalam bangunan kurungan luarannya ekoran kerosakan sistem pendinginan. Para penduduk dalam lingkungan 20 km (12 mi) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima I dan 10 km (6.2 mi) dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima II terpaksa dipindahkan.Agensi Polis Negara Jepun mengesahkan seramai 15,845[17][18] orang maut, 6,011[17][18] orang cedera dan 3,339[17][18] orang hilang di 18 wilayah, sementara lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa.[17][18] Bencana berganda ini menyebabkan kerosakan struktur yang parah dan meluas di Jepun, termasuk kemusnahan jalan raya dan landasan keretapi di banyak kawasan, serta keruntuhan empangan.[11][19] Sekitar 4.4 juta isirumah di rantau timur laut Jepun terputus bekalan elektrik dan dan 1.5 juta terputus bekalan air.[20]Anggaran awal menghitung kerugian berinsurans akibat gempa bumi sahaja pada AS$14.5 hingga $34.6 bilion.[21] Bank pusat Jepun menawarkan ¥15 trilion (AS$183 bilion) ke dalam sistem perbankan pada 14 Mac sebagai usaha memulihkan keadaan pasaran kepada normal.[22] Bank Dunia menganggarkan kos ekonominya pada AS$235 bilion, menjadikannya bencana alam yang paling mahal dalam sejarah dunia.[23][24]

Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011

Durasi 6 minit[1]
Jumlah kerosakan Ombak tsunami, banjir, tanah runtuh, kebakaran, kemusnahan bangunan dan prasarana, kejadian nuklear termasuk pelepasan radiasi
Kedalaman 32 km (20 mi)
Koordinat 38°19′19″N 142°22′08″E / 38.322°N 142.369°E / 38.322; 142.369Koordinat: 38°19′19″N 142°22′08″E / 38.322°N 142.369°E / 38.322; 142.369
Masa 14:46:23 JST (UTC+9)
Keamatan maksimum IX
Kawasan terjejas Jepun (utama)Lingkungan Pasifik (tsunami, sampingan)
Pecutan tanah kemuncak 3.0 g
Tanah runtuh Ya.
Kejutan depan 7
Gegaran susulan 1,235
Tsunami Ya. Setinggi 40.5 m (133 ka)
di Miyako, Iwate, Tōhoku
Jenis Gempa bumi tujahan mega
Tarikh Jumaat, 11 Mac 2011
Magnitud 9.0 (Mw)[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011 http://gulftoday.ae/portal/067b285e-6644-4460-b882... http://www.couriermail.com.au/ipad/twilight-tsunam... http://www.heraldsun.com.au/news/japan-on-tsunami-... http://www.news.com.au/world/japan-earthquake-evac... http://www.theaustralian.com.au/fire-at-nuclear-po... http://www.radioaustralianews.net.au/story.htm?id=... http://www.cbc.ca/news/canada/british-columbia/sto... http://www.biobiochile.cl/2011/03/12/caldera-80-vi... http://www.publimetro.cl/nota/mundo/marejadas-ingr... http://www.accuweather.com/blogs/news/story/47459/...