Sejarah Gempa_bumi_Sanriku_1933

Pusat gempa bumi Sanriku 1933 Sanriku terletak di luar pesisir, iaitu 290 kilometer (180 mi) di timur bandar Kamaishi, Iwate. Gegaran terawal berlaku pada 2.30 pagi, 2 Mac 1933. Gempa ini berukuran 8.4 pada skala magnitud momen [1] dan berada lebih kurang di tempat yang sama dengan gempa bumi Meiji-Sanriku 1896. Pusat gempa berlaku cukup jauh dari kawasan bandar, jadi ia tidak banyak merosakkan bangunan-bangunan. Kira-kira tiga jam selepas gempa terbesar, datangnya satu gempa susulan 6.8 diikuti 76 lagi gempa susulan (dengan magnitud 5.0 ke atas) selama enam bulan.[2]