Gempa_bumi_Sumatera_2009
Gempa_bumi_Sumatera_2009

Gempa_bumi_Sumatera_2009

Gempa bumi Padang 2009 berskala 7.6 Mw berlaku pada pukul 17:16:10 waktu tempatan (10:16:10 UTC)[3] 30 September 2009 berhampiran Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menyatakan titik gempa itu terletak di km 57 barat laut Pariaman di kedalaman 71 km. Kemudian disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala Richter pada 5.38 petang berpusat di km 22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22 km. Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia tetapi dibatalkan kemudian.Laporan kerajaan mengesahkan 1,115 kematian, 1,214 cedera parah dan 1,688 cedera ringan.[2] Manakala kira-kira 135,000 rumah rosak teruk, 65,000 sederhana rosak dan 79,000 rosak sedikit.[2] Dianggarkan seramai 250,000 keluarga (1,250,000 orang) terjejas dengan gempa bumi ini melalui kehilangan tempat tinggal dan puncan pendapatan.[4] Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau turut ditutup sementara akibat kerosakan yang dialami.[5]Saiz sebesar ini pernah berlaku pada tahun 1906 di San Francisco, tahun 1935 di Quetta, tahun 2001 di Gujerat, dan tahun 2005 di Kashmir. Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes menyatakan 1100 terbunuh kerana 1000 bangunan runtuh termasuk hotel dan rumah di Padang. Rumah di Tasik Maninjau turut rosak kerana tanah runtuh setelah gempa bumi berlaku. Ada 3 gunung berapi di Sumatera Barat iaitu Gunung Merapi, Gunung Talang dan Gunung Tandikat.[6]

Rujukan

WikiPedia: Gempa_bumi_Sumatera_2009 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://earthquake.usgs.gov/eqcenter/eqinthenews/20... http://earthquake.usgs.gov/eqcenter/recenteqsww/Qu... http://www.antara.co.id/en/news/1254379555/padang-... http://www.antara.co.id/en/news/1255472809/number-... http://www.reliefweb.int/rw/rwb.nsf/db900SID/EDIS-...