Gen dun merupakan
gen cairan yang mempengaruhi pigmen merah dan hitam sekali pada
warna bulu kuda. Gen dun mampu sedikit sebanyak mempengaruhi rupa semua kuda berwarna asas
hitam,
bay, atau
chestnut dengan mencerahkan warna bulu badan asas sambil menindas warna asas dasar pada
surai, ekor, kaki, dan "tompok-tompok primitif".
Dun klasik merupakan warna coklat kekelabuan yang bercirikan warna badan yang berjulatkan kuning pasir ke coklat kemerahan. Kuda dun semestinya ada sebatang jalur gelap di sepanjang spinanya, ekor dan surai yang lebih gelap warnya daripada badan, serta muka dan kaki yang lebih gelap selalunya. Kuda dun lain mungkin berwarna seakan-akan kuning cerah atau kelabu keluli, bergantung pada
genetik warna bulu yang tersirat. Surai, ekor, tompok primitif, dan lain-lain anggota gelap biasanya berwarna bulu asas tak cair.
Alel dun adalah
dominan ringkas, maka
fenotip kuda dengan satu atau dua salinan gen tersebut dikira dun. Kesannya lebih kuat daripada
gen cairan yang lain, misalnya
silver dapple yang bertindak ke atas bulu asas hitam sahaja, atau
gen krim iaitu dominan tak lengkap yang mestilah
homozigot untuk diungkapkan sepenuhnya, kerana jika
heterozigot maka hanya tampak pada bulu bay dan chestnut, malah pada takat yang lebih rendah.
[1]Gen dun juga bercirikan
tompok primitif yang lebih gelap daripada warna keseluruhan bulu, antaranya:Belabng dorsal tidak menjamin bahawa kuda itu membawa gen dun. Gen
lawan penggelapan juga mampu menghasilkan belang dorsal yang pudar, walaupun pada baka-baka seperti
kuda Arab atau
Belima, yang mana tidak diketahui sebarang gen dun dalam takung gennya. Salah satu sifat utama gen dun adalah jalur dorsal, malah kebayakan duns juga tampak dengan belang-belang di kaki. Belang bahunya tidak sebegitu ketara dan selalunya lebih pudar, tetapi biasanya tampak pada kuda yang lebih jarang bulunya ketika musim panas.
[1]