Imej Genoa_C.F.C.

Pada mulanya, Genoa ditubuhkan sebagai kelab British dan warna-warna pertama digunakan kelab berdasarkan warna pasukan kebangsaan England.[36] Tidak lama kemudian, warna jersi ini ditukar kepada jalur putih dan biru pada tahun 1899. Warna biru dipilih bagi mewakili laut kerana Genoa merupakan sebuah bandar pelabuhan. Pada tahun 1901, kelab ini akhirnya menyiapkan jersi terkenalnya iaitu separuh merah dan separuh biru sekali gus mereka mendapat nama samaran rossoblu bersama-sama Bologna, Cagliari dan kelab-kelab kecil lain.

Salah satu nama samaran Genoa, Il Grifone yang bermaksud "griffin"; ia diambil daripada jata kota Genoa. Lambang kota ini menampilkan dua griffin emas, dan salah satu bahagian terdapat St George's Cross. Kehadiran St. George's Cross pada lambang tidak bermaksud berasal dari penubuh Inggeris; lambang itu sendiri terdapat di bendera dan juga lambang bandar Genoa. St. George juga merupakan pelindung keramat Republik Genoa lama. Lambang kelab Genoa Cricket and Football Club sebenar ialah diambil daripada lambang kota Genoa tetapi hanya menambahkan warna merah dan biru.