Koordinat Geografi_Indonesia

Dilihat dari lintangnya, Indonesia terletak di antara 6º LU (Lintang Utara) dan 11º LS (Lintang Selatan). Kedudukan lintang yang sedemikian itu merupakan petunjuk bahawa:

  • Sempadan bahagian utara wilayah Indonesia ialah 6º LU dan paling selatan ialah 11º LS. (Tempat paling utara ialah Pulau We dan tempat yang paling selatan ialah Pulau Roti).
  • Jarak lintangnya ialah 17º.
  • Sebahagian besar wilayah Indonesia terletak di belahan bumi selatan.
  • Wilayah Indonesia dilalui oleh garis khatulistiwa.

Dilihat dari kedudukan garis bujurnya, wilayah Indonesia terletak di antara 95º BT dan 141º BT. Hal ini bermakna:

  • Batas paling barat wilayah Indonesia ialah 95º BT dan paling timur ialah 141º BT.
  • Jarak bujurnya ialah 46º (sekitar 5000 km, atau hampir 1/8 keliling bumi). Percanggahan garis bujur sedemikian itu menyebabkan adanya kelainan waktu.
  • Semua wilayah Indonesia terletak di belahan bumi timur (dihitung dari meridian 0º).

Kedudukan astronomi yang demikian itu menunjukkan bahwa Indonesia terletak di daerah iklim tropika. Daerah iklim tropika terdapat di antara 23.5º LU atau Garisan Sartan, dan 23.5º LS atau Garisan Jadi. Hal ini mengakibatkan suhu di Indonesia cukup tinggi (antara 26º C - 28º C), curah hujan cukup banyak (antara 700mm – 7000mm per tahun), terdapat hujan zenit (hujan naik khatulistiwa), proses pelapukan batu-batuan cukup cepat serta terdapat berbagai-bagai jenis spesies haiwan dan tumbuhan.