Gerakan_anti_rasuah_India_2011

Gerakan anti rasuah India 2011 merujuk kepada siri bantahan terhadap Kerajaan India agar menggubal dan menguatkuasakan undang-undang anti rasuah. Mereka mahu undang-undang yang dikenali sebagai Rang Undang-Undang Jan Lokpal dibentang diluluskan agar semua kakitangan kerajaan, menteri yang rasuah dapat didakwa di mahkamah. Pembantah berpendapat kerajaan mahu melemahkan cadangan dalam draf asal rang undang-undang Jan Lokpal. Mereka percaya perubahan rang tersebut akan membuatkan badan yang dicadangkan menyelia isu ini, Lokayukta, hanya menjadi badan penasihat tak bergigi dalam birokrasi India.Gerakan ini telah mendapat momentum khususnya sejak 5 April 2011, apabila Anna Hazare, seorang aktivis terkenal melancarkan mogok lapar di taman awam Jantar Mantar agar dia cepat mati. Seorang pengikut Gandhisme, beliau menuntut penubuhan jawatankuasa bersama untuk rang undang-undang ini, dengan anggota daripada kedua-dua "masyarakat awam" dan kerajaan.[2]Selepas tindakan berpublisiti pertama Hazare, bantahan besar kedua menyaksikan beberapa peristiwa kontroversi terjadi di Ramlila Maidan, New Delhi pada 4 Jun 2011. Tokoh utama kali ini adalah Swami Ramdev dan isu yang diserlahkan ialah perlunya undang-undang tegas untuk membawa balik ke dalam negara apa yang dipanggil "wang gelap" disimpan di luar negara. Ramdev menuntut wang tak bercukai dilabur di luar negara diisytiharkan sebagai harta negara dan, seterusnya, tindakan menyimpan wang yang diperolehi secara haram di bank asing diwartakan sebagai jenayah terhadap negara. Beliau juga mendesak kekayaan negara yang disimpan di bank asing dibawa pulang dan India patut menandatangani Konvensyen Menentang Rasuah PBB. Dianggarkan sekitar AS$ 350 bilion hingga AS$ 1400 bilion wang haram India berada dalam bank asing.[3][4]

Gerakan_anti_rasuah_India_2011

Status Rang undang-undang versi kerajaan dihantar kepada jawatankuasa tetap Parlimen; Rang undang-undang digelar "Jokpal" berbanding "Lokpal" dalam masyarakat awam. Belum ada undang-undang membawa balik wang gelap seberang laut.
Tarikh 13 Mac 2011 (2011-03-13) – 9 April 2011 (2011-04-09)
4 Jun 2011 (2011-06-04) – 5 Jun 2011 (2011-06-05)
16 Ogos 2011 (2011-08-16) – kini
Matlamat Undang-undang anti-rasuah lebih ketat bagi menangani korupsi yang sentiasa meningkat di India dan membawa balik wang gelap India yang disorokkan di bank Swiss dan seberang laut.
Tercedera 53 pembantah[1]
Lokasi  India
—dengan bantahan juga diadakan orang berketurunan India di beberapa negara lain seperti A.S., Australia & UK.
Kaedah Tanpa kekerasan, Satyagraha, tunjuk perasaan, mogok duduk, kempen tandatangan, puasa sampai mati, Jail Bharo Andolan