Gerhana satelit

Gerhana satelit[1][sumber tak boleh dipercayai?] atau pemadaman matahari (bahasa Inggeris: sun outage[2]; bahasa Arab: انقطاع الشمس) berlaku apabila stesen bumi, satelit dan matahari berkedudukan sejajar. Kesannya, berlaku peningkatan dalam gangguan haba {thermal noise} pada sistem stesen penerima dan kemerosotan dalam isyarat yang diterima satelit. Gerhana satelit berlaku dua kali setahun semasa ekuinoks musim bunga dan luruh. Ia berlangsung selama beberapa hari berturut-turut pada setiap kejadian. Pada hari kejadian pula, ia berlaku dalam jangka masa yang singkat. Tempoh ramalan gangguan biasanya bergantung kepada frekuensi yang digunakan serta kadar simbol, saiz parabola antena dan kedudukan stesen bumi. Tempoh sebenar mungkin berbeza memandangkan semua ini hanya ramalan.Ramalan akan berlakunya gerhana satelit bergantung kepada kedudukan Satelit di garisan khatulistiwa. Contohnya bagi satelit SingTel, tarikh akan berlaku gerhana satelit adalah dari tarikh 17 Mac 2018 hingga 23 Mac 2018 di Singapura[3] bahkan hampir semua tempat terjadi termasuk juga Satelit Intelsat.[4]Kebiasaannya individu yang berminat dengan hobi pemasangan siaran televisyen/radio satelit saluran televisyen dan radio secara percuma[5] yang bukan saluran jenis langganan mengetahui pengiraan ini. Pada waktu gerhana satelit, mereka akan membuat kiraan dan mendapatkan isyarat satelit sebelum waktu gerhana dan mengikuti waktu isyarat satelit terganggu dan pulih seperti biasa semula.[6]

Rujukan

WikiPedia: Gerhana satelit http://www.edybagus.com/2017/11/info-channel-di-sa... http://www.intelsat.com/tools-resources/library/sa... http://www.measat.com/support_customer_sun.html http://www.bcsatellite.net/sun-outage-calculator http://tcns.thaicom.net/sunoutage.asp http://www.singteltv.com.sg/sunoutage/index.html https://www.lyngsat.com/Thaicom-8.html https://www.satellite-calculations.com/Satellite/s... https://www.youtube.com/watch?v=Kjdk_o_PiyQ https://www.youtube.com/watch?v=feigkDOYgGU