Trivia Gersang_(kumpulan_muzik)

  • Setelah hampir 30 tahun penubuhan Gersang, mereka sepatutnya boleh berbangga kerana setiap daripada anggotanya berjaya dalam bidang masing-masing biarpun mereka tidak dapat mengecapi banyak kejayaan ketika bersama sebagai sebuah kumpulan rock tanah air.
  • Pemain gitar utama kumpulan Gersang, Kid merupakan anak kepada komposer Allahyarham Taib Othman & juga anak saudara kepada pemilik syarikat rakaman ROP iaitu Allahyarham Rahim Othman.
  • Kid juga mempunyai dua orang abang yang bergiat aktif dalam industri muzik, antaranya Nordin yang merupakan pemain gitar irama kumpulan Search yang disertainya pada tahun 1989. Seorang lagi abangnya, Musa yang dikenali sebagai Lomaq merupakan pemain bass kumpulan Kris dan bekas anggota kumpulan Mega.
  • Kid kini mempunyai kedai kopi sendiri iaitu Bangi Kopitiam yang ditubuhkan bersama 3 orang rakan kongsinya. Kedai kopinya bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah turut mempunyai beberapa cawangan di Indonesia.
  • Rahim Othman merupakan bekas anggota kumpulan Carefree yang terkenal dengan lagu Rindu Bayangan dan Belaian Jiwa. Beliau juga merupakan orang yang banyak menaikkan kumpulan rock 90-an melalui lagu-lagu ciptaannya seperti Takdir Dan Waktu (Mega) dan Untukmu Ibu (Exists).
  • Setelah Man Bai memulakan karier solo beliau pada tahun 1995, Man Bai merupakan antara penyanyi rock yang pernah berkolaborasi dengan kumpulan nasyid Malaysia menerusi lagu Harapan Ramadhan bersama Raihan yang dikeluarkan sekitar tahun 1999.
  • Man Bai dan Kid berkongsi tarikh dan tahun kelahiran yang sama di mana mereka berdua lahir pada 30 November 1967.
  • Acis kini menjadi pengarah muzik dalam mana-mana konsert dan rancangan realiti di bawah anjuran Astro. Beliau juga telah mendirikan rumahtangga dengan ratu jazz negara, Datuk Shiela Majid pada tahun 2003 dan kini mereka mempunyai studio sendiri iaitu Akarkarya Sdn. Bhd.
  • Album keempat Gersang yang tidak dapat disiapkan setelah Man Bai dijangkiti penyakit tonsil akhirnya diberikan kepada Kumpulan Teja sebagai album pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 1990. Salah seorang anggota Kumpulan Teja ialah pemain bassnya, Empy yang kemudiannya menyertai Kumpulan Spring pada tahun 1994.

Rujukan

WikiPedia: Gersang_(kumpulan_muzik) http://duniarockmalaysia.blogspot.com/2011/05/kala... http://melayurock.blogspot.com/2007/07/gersang-ger... //scholar.google.com/scholar?q=%22Gersang%22+kumpu... //www.google.com/search?&q=%22Gersang%22+kumpulan+... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Gersa... //www.google.com/search?q=%22Gersang%22+kumpulan+m... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Gersang%22+... http://www.bharian.com.my/articles/Masihakuterasa/... http://ecentral.my/services/sprinterfriendly.asp?f... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...