Ciri-ciri Geseran_glotis_tak_bersuara

Ciri-ciri geseran glotis tak bersuara:

  • Dalam sesetengah bahasa, cara artikulasinya adalah geseran. Bagaimanapun, dalam kebanyakan bahasa ia merupakan keadaan peralihan glotis tanpa cara artikulasi selain jenis pembunyiannya. Ramai ahli fonetik tidak menerima [h] sebagai geseran kerana tiadanya penjerutan lain yang menghasilkan geseran dalam rongga vokal dalam bahasa-bahasa yang dikenali mereka. Namun demikian, istilah "geseran" dikekalkan atas sebab-sebab kebiasaan.
  • Walaupun dikira glotis sebagai daerah artikulasi, namun mungkin tiadanya artikulasi geseran, yang mana istilah 'glotis' hanya memaksudkan sifat pembunyian, dan tidak menentukan lokasi penyempitan atau gelora. Semua konsonan kecuali glotis, dan semua vokal, ada daerah artikulasi tersendiri di samping keadaan glotis. Begitu dengan semua konsonan lain, sebutan [h] dipengaruhi oleh vokal-vokal sebelum dan selepasnya, dan adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang sebelum dan selepasnya.
  • Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
  • Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
  • Disebabkan disebut dengan kerongkong dan bukan lidah, maka tiada ertinya menentukan sama ada konsonan ini adalah konsonan tengah atau sisian.
  • Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.