Kejatuhan Ghasan

Kerajaan Ghassan lenyap setelah raja terakhirnya Jabalah ibn Aiham lari ke Constantinople kerana murtad ketika beliau berada di Madinah. Setelah itu, umat Islam menjadikan Damsyik, bekas ibu kota kerajaan Ghassan sebagai tempat penginapan dan markas tentera umat Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.