Sejarah Ghasan

Ketika tentera Rom Byzantine terlibat di dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine, mereka kerap kali diganggu oleh keliaran dan keganasan bangsa Arab yang datang dari semenanjung tanah Arab.

Kerana itu, kerajaan Byzantine mengadakan hubungan dagang dan ketenteraan yang mantap dengan kerajaan Ghassan. Ketika berlakunya pertempuran dengan tentera Sassanid dari Parsi, kerajaan Ghassan tidak teragak-agak membantu kerajaan yang melindunginya dengan membekalkan peralatan ketenteraan dan tentera untuk menumpaskan tentera Parsi Sassanid.

Saingan kerajaan Ghassan pada ketika ini adalah kerajaan campuran Arab-Parsi iaitu kerajaan Lakhmid yang berpusat di Hirah. Ini kerana selain berbeza dari segi kerajaan naungannya, kedua-dua kerajaan campuran ini berbeza dari fahaman Kristiannya. Kerajaan Lakhmid menjadikan Kristian Nestorian sebagai agama rasminya dan ini bertentangan dengan kerajaan Ghassan di mana kerajaan Arab-Rom ini menjadikan Kristian Ortodoks sebagai agama rasmi negara.