Kerjaya Giedo_van_der_Garde

Formula Satu

2006 menyaksikan van der Garde dimasukkan ke dalam Progam Pemandu Muda McLaren.

Pada 15 Disember 2006, van der Garde telah disahkan sebagai pemandu ujian dan simpanan untuk Super Aguri bagi musim 2007.[1]

Pada 1 Februari 2007, van der Garde tidak disangka-sangka diumumkan oleh Spyker F1 sebagai pemandu ujian dan simpanan mereka.[2] Pada 2 Februari 2007, Super Aguri mengesahkan bahawa kontrak mereka bersama van der Garde masih berkuat kuasa, dengan menyatakan "Super Aguri F1 Team masih mempunyai kontrak yang sah dengan Giedo van der Garde bagi memandu untuk pasukan pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat dan menjadi pemandu ujian untuk mereka bagi Kejuaraan Dunia Formula Satu FIA 2007. Kontrak tersebut telah diserahkan oleh pasukan SAF1 kepada Lembaga Pengiktirafan Kontrak pada 23 Januari 2007".[3] Walau bagaimanapun, pada 20 Jun 2007, van der Garde memandu uji di Silverstone bersama Spyker, menunjukkan bahawa pertikaian kontrak tersebut telah pun diselesaikan.[4] Spyker asalnya ingin menjadikan van der Garde sebagai pemandu hari Jumaat bagi pasukan di Grand Prix Australia, tetapi gagal untuk mendapatkan lesen super yang diperlukan daripada FIA pada masa itu.

Van der Garde memandu untuk Caterham pada sesi latihan bebas untuk Grand Prix Jepun 2012.

Van der Garde merupakan calon untuk berlumba dalam Formula Satu untuk Virgin pada tahun 2011, namun kerusi perlumbaan tersebut akhirnya diberikan kepada pemandu dari Belgium, Jérôme d'Ambrosio.

Caterham (2013)

Pada 4 Februari 2012, ia telah diumumkan bahawa van der Garde akan menjadi pemandu simpanan untuk Caterham F1 bagi Formula Satu musim 2012.[5]

Pada 1 Februari 2013, pengurus Van der Garde mengumumkan bahawa Giedo akan menjadi pemandu kedua Caterham, dan Charles Pic ialah rakan sepasukannya.

Di Grand Prix Monaco, van der Garde mendapat keputusan kelayakan terbaik Caterham, iaitu tempat ke-14. Ia juga merupakan kali pertama bahawa sebuah kereta Caterham berjaya memasuki Q2 pada musim 2013. Van der Garde mendapat tempat ke-15 walaupun berlanggar dengan pemandu Williams, Pastor Maldonado, pada awal perlumbaan. Beliau kemudiannya mendapat keputusan terbaiknya dengan mendapat tempat ke-14 di Grand Prix Hungary, di hadapan Charles Pic dan kedua-dua pemandu Marussia, Jules Bianchi dab Max Chilton.