Super_Aguri_F1
Super_Aguri_F1

Super_Aguri_F1

Super Aguri F1 ialah sebuah bekas pasukan Formula Satu yang bertanding dari tahun 2006 hingga 2008. Pasukan ini ditubuhkan oleh bekas pemandu Formula Satu, Aguri Suzuki. Pasukan ini berpangkalan di Tokyo, Jepun, namun beroperasi di bekas kilang pasukan Arrows di Pusat Teknikal Leafield, Oxfordshire. Kereta pasukan ini digelar sebagai Super Aguri Hondas, di mana pasukan ini digunakan sebagai 'pasukan-B' Honda secara tidak rasmi. Di Jepun, tekanan dari orang awam telah memujuk Honda untuk membantu bekas pemandu mereka, Takuma Sato, untuk terus bersaing dalam Formula Satu. Ini merupakan pengaruh dalam penciptaan projek Super Aguri dan menerima bekalan enjin dari Honda. Selepas mengambil bahagian dalam kejuaraan dunia selama 2 tahun dan 4 bulan, pasukan ini kemudiannya menarik diri dari Formula Satu selepas empat perlumbaan dalam musim 2008 kerana masalah kewangan. Super Aguri mendapat empat mata kejuaraan dalam sejarah perlumbaan mereka. Kesemua mata tersebut diperoleh daripada Sato, dan kesemuanya diperoleh pada musim 2007.

Super_Aguri_F1

Pusingan terpantas 0
Mata 4
Petak pertama 0
Perlumbaan terakhir Grand Prix Sepanyol 2008
Pangkalan Pusat Teknikal Leafield, Oxfordshire, UK
Nama penuh Super Aguri F1
Pengasas Aguri Suzuki
Perlumbaan pertama Grand Prix Bahrain 2006
Pemandu terbaik Takuma Sato
Anthony Davidson
Franck Montagny
Sakon Yamamoto
Yuji Ide
KejuaraanPemandu 0 (Keputusan terbaik; Ke-17, Sato, 2007)
Kakitangan terbaik Mark Preston
Daniele Audetto
KejuaraanPengeluar 0 (Keputusan terbaik; Ke-9, 2007)
Perlumbaan 39
Kemenangan perlumbaan 0