Honda_F1
Honda_F1

Honda_F1

Pengeluar kereta Jepun, Honda, telah mengambil bahagian dalam Formula Satu sebagai pembekal enjin, peserta dan pengeluar antara tahun 1964 dan 2008. Penglibatan Honda dalam F1 bermula pada musim 1964. Honda berhenti bersaing selepas musim 1968 selepas kematian pemandu Honda, Jo Schlesser, di Grand Prix Perancis 1968.[1] Honda kembali pada tahun 1983 sebagai pembekal enjin dan peranan tersebut berakhir pada tahun 1992. Honda kembali sekali lagi pada tahun 2000, dengan menyediakan enjin untuk British American Racing (BAR). Menjelang akhir tahun 2005, Honda membeli pasukan BAR, yang berpangkalan di Brackley, United Kingdom, dan dinamakan semula sebagai Honda Racing.Ia telah diumumkan pada 5 Disember 2008, bahawa Honda akan menarik diri dari Formula Satu selepas krisis ekonomi semasa dan sedang mencari pihak untuk menjual pasukan mereka.[2] Pada 27 Februari 2009, ia telah diumumkan bahawa ketua pasukan, Ross Brawn, telah membeli pasukan Honda.[3] Pasukan berlumba sebagai Brawn GP pada tahun 2009, dan kemudiannya dijual kepada Daimler AG dan dinamakan semula Mercedes GP untuk musim 2010.

Honda_F1

Pusingan terpantas 2
Nama sebelumnya British American Racing
Petak pertama 2
Perlumbaan terakhir Grand Prix Brazil 2008
Pangkalan Brackley, Northamptonshire, United Kingdom
Podium 9
Perlumbaan pertama Grand Prix Jerman 1964
Nama penuh Honda Racing Co. (1964–1968)
Honda Racing F1 Team (2006–2008)
Pemandu terbaik Ronnie Bucknum, Richie Ginther, Jo Schlesser, John Surtees, Jenson Button, Rubens Barrichello
KejuaraanPemandu 0
Kakitangan terbaik Ross Brawn, Nick Fry
KejuaraanPengeluar 0
Nama seterusnya Brawn GP Formula One Team
Perlumbaan 88
Kemenangan perlumbaan 3