Rubens_Barrichello
Rubens_Barrichello

Rubens_Barrichello

Rubens Gonçalves Barrichello (lahir 23 Mei 1972 di São Paulo) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Brazil, yang paling dikenali untuk bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1993 dan 2011.[1] Selepas gagal mengekalkan kerusi perlumbaannya di pasukan Williams F1, beliau bertanding dalam kejuaraan IndyCar bersama KV Racing Technology pada tahun 2012.[2] Selepas bersaing hanya setahun dan gagal mencari mana-mana pasukan untuk berlumba pada musim 2013, Barichello kembali ke Brazil untuk bertanding dalam kejuaraan Brazilian Stock Car V8 Series.