Sejarah Honda_F1

Honda Racing F1 Team (2006-2008)

Pada bulan September 2005, Honda membeli baki bahagian 55% daripada BAR untuk menjadi pemilik tunggal. BAT kekal bersama mereka sebagai penaja pasukan dengan jenama Lucky Strike pada tahun 2006, tetapi menarik diri dari Formula Satu pada tahun 2007. Ia telah diputuskan bahawa pasukan akan berlumba di bawah nama Honda Racing F1 Team dari tahun 2006.

2008

Rubens Barrichello memandu untuk Honda di Grand Prix Australia 2008.

Pada 19 Julai 2007, ia telah diumumkan bahawa Barrichello dan Button akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2008.[4] Pada November 12, 2007, autosport.com mengesahkan bahawa bekas pengarah teknikal pasukan Ferrari, Ross Brawn akan menyertai Honda sebagai ketua pasukan. Nick Fry kekal bersama pasukan sebagai Ketua Eksekutif.[5] Pada 10 Januari 2008, ia telah diumumkan bahawa Alexander Wurz telah ditandatangani sebagai pemandu ujian bagi musim 2008.[6] Pada 29 Januari 2008, Honda melancarkan kereta 2008 mereka. "Kereta Bumi" tersebut mempunyai corak rekaan yang sedikit berbeza daripada kereta yang digunakan pada musim 2007, dengan hanya sebahagian daripada kereta yang mengandungi gambar bumi, dan selebihnya dengan cat putih Honda klasik. Button, Barrichello dan Wurz hadir pada majlis pelancaran itu.

Honda sekali lagi mengalami tahun yang mengecewakan, dan menjelang pertengahan musim, mereka mengalihkan tumpuan mereka untuk membangunkan kereta yang akan digunakan pada musim 2009, di mana peraturan-peraturan baru akan digunakan. Walau bagaimanapun, Barrichello berjaya mendapat podium terakhir Honda di Grand Prix British setelah memilih tayar hujan pada masa yang tepat.

Berkaitan