Jenson_Button
Jenson_Button

Jenson_Button

Jenson Alexander Lyons Button, MBE (lahir 19 Januari 1980) ialah seorang pemandu Formula Satu dari England yang kini memandu untuk McLaren. Beliau merupakan Juara Pemandu Dunia Formula Satu musim 2009, ketika memandu untuk Brawn GP.Button bermula dengan perlumbaan kart pada umur lapan tahun dan mempunyai kadar kejayaan yang baik, sebelum bertanding dalam kejuaraan British Formula Ford dan British Formula Three. Beliau mula beraksi dalam Formula Satu bersama pasukan Williams pada tahun 2000 bersama pasukan Williams. Pada tahun berikutnya, Button menyertai Benetton, yang bertukar nama menjadi Renault pada tahun 2002, dan pada tahun 2003 beliau menyertai BAR. Mereka bertukar nama ke Honda pada tahun 2006, iaitu musim di mana Button memenangi perlumbaan Grand Prix sulungnya di Hungary, selepas 113 perlumbaan.[1]Berikutan pengunduran pasukan Honda pada bulan Disember 2008, Button ditinggalkan tanpa kerusi perlumbaan untuk musim 2009, sehinggalah Ross Brawn membeli pengurusan pasukan tersebut pada bulan Februari 2009, dan Button beraksi dengan cemerlang dalam kereta yang dikuasai oleh enjin Mercedes. Beliau kemudiannya memenangi enam daripada tujuh perlumbaan pertama pada musim 2009, dan merangkul Kejuaraan Pemandu Dunia di Grand Prix Brazil, serta hampir mendapat mata dalam kesemua perlumbaan, sekaligus membantu Brawn GP untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia. Pada tahun 2010, beliau menyertai pasukan McLaren, dan menjadi rakan sepasukan dan bekas Juara Dunia, Lewis Hamilton. Selepas menamatkan musim di tempat kelima untuk pasukan pada tahun 2010, Button menamatkan musim 2011 sebagai naib juara. Daripada 242 perlumbaan yang disertai oleh Button, beliau memenangi 15 buah perlumbaan dan mendapat 49 podium.

Rujukan

WikiPedia: Jenson_Button http://www.abc.net.au/news/2013-03-17/raikkonen-wi... http://atlasf1.autosport.com/news/2000/jan/1919.ht... http://www.driverdb.com/drivers/11/career/ http://www.driverdb.com/racingdriver11.html http://en.espnf1.com/f1/motorsport/driver/1201.htm... http://www.f1db.com/f1/page/Jenson_Button http://fia.com/en-GB/mediacentre/pressreleases/f1r... http://www.formula1.com/news/headlines/2005/1/2540... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/10/125... http://www.formula1.com/news/headlines/2011/8/1245...