Jenson Alexander Lyons Button,
MBE (lahir 19 Januari 1980) ialah seorang pemandu
Formula Satu dari
England yang kini memandu untuk
McLaren. Beliau merupakan
Juara Pemandu Dunia Formula Satu musim 2009, ketika memandu untuk
Brawn GP.Button bermula dengan perlumbaan kart pada umur lapan tahun dan mempunyai kadar kejayaan yang baik, sebelum bertanding dalam kejuaraan British Formula Ford dan British Formula Three. Beliau mula beraksi dalam
Formula Satu bersama pasukan
Williams pada tahun
2000 bersama pasukan
Williams. Pada tahun berikutnya, Button menyertai
Benetton, yang bertukar nama menjadi
Renault pada tahun
2002, dan pada tahun
2003 beliau menyertai
BAR. Mereka bertukar nama ke
Honda pada tahun
2006, iaitu musim di mana Button memenangi perlumbaan Grand Prix sulungnya di
Hungary, selepas 113 perlumbaan.
[1]Berikutan pengunduran pasukan Honda pada bulan Disember 2008, Button ditinggalkan tanpa kerusi perlumbaan untuk
musim 2009, sehinggalah
Ross Brawn membeli pengurusan pasukan tersebut pada bulan Februari 2009, dan Button beraksi dengan cemerlang dalam kereta yang dikuasai oleh enjin
Mercedes. Beliau kemudiannya memenangi enam daripada tujuh perlumbaan pertama pada musim 2009, dan merangkul
Kejuaraan Pemandu Dunia di
Grand Prix Brazil, serta hampir mendapat mata dalam kesemua perlumbaan, sekaligus membantu
Brawn GP untuk memenangi
Kejuaraan Pengeluar Dunia. Pada tahun
2010, beliau menyertai pasukan
McLaren, dan menjadi rakan sepasukan dan bekas Juara Dunia,
Lewis Hamilton. Selepas menamatkan musim di tempat kelima untuk pasukan pada tahun 2010, Button menamatkan musim
2011 sebagai naib juara. Daripada 242 perlumbaan yang disertai oleh Button, beliau memenangi 15 buah perlumbaan dan mendapat 49 podium.