Sejarah Glob

Glob mula dicipta oleh rakyat Turki purba bernama Crates yang tinggal di Mallus, Cilicia. Beliau menggunakan bahasa Greek pada abad ke-2 SM. Beliau menjadi pemimpin sekolah kesusasteraan dan ketua perpustakaan Pergamum. Hasil kerja beliau telah dikritik oleh pengulas Homer. Pada 168 SM, Crates telah melawat Rome sebagai Duta kepada Eumenes. Penyelidik Strabo ada memberi ulasan tentang glob yang direka oleh Crates. Glob purba yang dicipta pada 150 SM itu dipamerkan di Muzium Naples, Naples, Itali. Ia dikenali sebagai Atlas Farmese.

Glob yang lebih moden dibuat semasa kegemilangan Islam oleh ahli geografi Muslim dan seorang ahli astronomi di bawah pemerintahan Khalifah Abasiah, Al-Maamun pada abad ke-9.

Kemudian glob pernah dibuat oleh Martin Behaim yang tinggal di Nürnberg, Jerman pada 1474. Pada 1507 Martin Waldseemueller telah membuat glob yang menunjukkan benua Amerika buat pertama kalinya. Pada 1507 juga terdapatnya glob Hunt-Lenox. Pada 1570 pula Taqi al-Din telah membuat glob di Pusat penyelidik al-Din Istambul.