Glock
Glock

Glock

Glock GmbH (cap dagang GLOCK) merupakan sebuah pengeluar senjata yang berpusat di Deutsch-Wagram, Austria. Firma Glock dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Gaston Glock. Firma ini sangat terkenal dengan produk pistol berkerangka polimernya. Glock juga menghasilkan peralatan seperti pisau tempur dan peralatan kubu selain menjadi penaja bagi pasukan menembak yang mempromosi firma ini di seluruh dunia.Senjata api buatan Glock telah digunakan oleh sebahagian besar agensi penguatkuasa dan anggota tentera di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Senjata api Glock juga sangat digemari oleh orang awam terutamanya untuk digunakan sebagai senjata perlindungan diri dan latihan menembak. Pada masa sekarang, Glock menghasilkan senjata tangan Model 35. Pasukan tentera pelbagai negara yang diketuai oleh A.S telah membekalkan pasukan tentera dan polis Iraq dengan pistol Glock.

Berkaitan