Sejarah Glock

Syarikat GLOCK telah ditubuhkan pada 1963,[1] dan bermula sebagai pengeluar rod tirai sebelum terlibat dalam industri senjata pada 1970-an dengan menghasilkan rantai mesingan, bom tangan latihan, kelopak plastik, pisau medan dan peralatan kubu untuk Tentera Darat Austria.[1] Pada awal 1980-an, apabila Tentera Darat Austria memohon model pistol, Glock telah membalas dengan model Glock 17,[2]sebuah pistol semi-automatik yang berkaliber 9 mm (no. 17 bermaksud pistol ini merupakan paten ke-17 milik Gaston Glock). Tentera Darat Austria kemudian mula menggunakan Glock 17 pada 1982[1] sementara Tentera Darat Norway mula menggunakannya pada 1984. Setahun kemudian, Glock Inc. telah ditubuhkan di Smyrna, Georgia Amerika Syarikat.