Gnostikisme (dari
bahasa Yunani gnÅsis,
pengetahuan) merujuk kepada pelbagai
gerakan keagamaan sinkretistik yang mengandungi pelbagai
sistem kepercayaan umumnya disatukan dalam ajaran yang menyatakan bahawa manusia adalah
roh ketuhanan yang terperangkap di dalam
dunia kebendaan yang dicipta oleh semangat yang tidak sempurna bergelar
demiurge yang kerap kali disamakan dengan
Tuhan dalam
ajaran Nabi Ibrahim. Demiurge digambarkan sebagai penjelmaan Iblis (kejahatan), atau cuma sebagai kewujudan yang tidak sempurna dan sebagai kewujudan yang baik dalam lingkungan kekurangannya. Demiurge ini wujud di samping
Zat yang Agung yang menjelmakan kebaikan. Untuk membebaskan diri seseorang daripada dunia material yang hina ini, seseorang memerlukan
gnosis, atau pengetahuan rohani yang
esoterik yang hanya dimiliki oleh golongan elit yang terpelajar.
Jesus dari Nazareth disamakan oleh sesetengah mazhab Gnostik sebagai penjelmaan zat yang agung yang dijelmakan untuk membawa gnosis kepada bumi ini.Gnostikisme popular di kawasan-kawasan
Mediterranean dan
Timur Tengah dalam kurun-kurun pertama Sebelum Masihi, tetapi ditekan dan ditindas sebagai satu
kesesatan dualistik di kawasan-kawasan yang dikuasai
Empayar Rom ketika
agama Kristian menjadi
agama negaranya pada kurun ke-4. Kemasukan ke dalam
agama Islam mengurangkan dengan mendadak saki-baki Gnostik sepanjang
Zaman Pertengahan, walaupun sebilangan kecil komuniti terpencil terus wujud sehingga sekarang. Idea-idea Gnostik mempengaruhi falsafah pelbagai pergerakan
mistik yang esoterik pada lewat kurun ke-19 dan 20 di
Eropah dan
Amerika Utara, termasuklah sebahagian mereka yang secara terus-terang menyebutkan diri mereka sebagai kebangkitan semula malah kesinambungan kumpulan-kumpulan gnostik terdahulu.