GoFundMe

GoFundMe ialah sebuah laman sesawang pendanaan awam bagi tujuan mengumpulkan wang sumbangan bagi hal-hal semasa seperti perayaan serta insiden-insiden malang seperti bencana dan jangkitan.[2][3] Setakat 2017, kira-kira AS$5 bilion telah dikumpulkan oleh kira-kira 50 juta penderma kepada lebih kurang dua juta kempen individu, menjadikan GoFundMe sebagai laman sesawang pendanaan awam terbesar.[4]Syarikat GoFundMe ditubuhkan oleh Brad Damphousse and Andrew Ballester pada Mei 2010 di San Diego, California di Amerika Syarikat. Laman sesawang ini pada asalnya bernama CreateAFund dan dicipta pada 2008, tetapi namanya ditukar kepada GoFundMe selepas pelbagai pengubahsuaian dilakukan terhadap laman sesawang tersebut.[5]

GoFundMe

Pemilik GoFundMe, Inc.
Dicipta oleh Brad Damphousse
Andrew Ballester
Laman sesawang https://www.gofundme.com/
Boleh didapati dalam Bahasa Inggeris
Kedudukan Alexa ▲ 1,618 (Jun 2018[update])[1]
Dilancarkan pada 10 Mei 2010; 9 tahun yang lalu (2010-05-10)
Jenis laman Pendanaan awam bagi tujuan pendermaan
Status terkini Aktif