Episod Goda_(drama)

#TajukTarikh penyiaranSinopsis
1Yakinkah Aku?14 Ogos 2008Sanya sudah tiga kali mengemukakan surat letak jawatan tetapi tetap digesa agar mencari cerita-cerita yang gempar bagi pihak tabloid. Setelah membuka laman web yang dikelola oleh "M" si pakar cinta, maka dia sudah mencari jalan untuk memuaskan majikanya. Sementara itu, Burhan diminta membantu Adela membentangkan cadangan baru di mesyuarat biarpun cenderung gugup. Semenjak itu, Burhan makin jatuh hati pada Adela tetapi kekurangan yakin diri kerap menjadi penghalang.
Subplot: Amirul (Mnive Isa) si jurujual kereta meminta nasihat M untuk menawan hati seorang pelanggan wanita bernama Shila (Najihah Zamanhuri) yang diidamkannya menjadi teman.
2Ai Pecah Tembelang21 Ogos 2008Burhan terpaksa melupakan hasratnya untuk keluar bersama Adela dalam cubaan pertama kerana terpaksa menunaikan janjinya agar beriadah bersama anak saudaranya Rina pada hari yang sama mereka sepatutnya bersama. Sanya melancarkan misi membongkar misteri M dengan menyamar sebagai seorang siswa di rantauan yang menghadapi dilema cinta.
Subplot: Khairy (Nas-T) meminta bantuan M kerana jatuh cinta pada dua orang wanita pada masa yang sama!
3Mesra Tapi Kawan28 Ogos 2008Burhan tersilap hantar strategi pemasaran yang penting kepada syarikat pesaing sehingga menyebabkan Adela bengang dan resah kerana pesaing sudah tahu rancangan syarikat mereka.
Subplot: Conrad mendapatkan pertolongan M untuk meluahkan perasaan cintanya kepada Gladys yang selama ini terpendam gara-gara teramat segan.
4Terbangkanlah Aku4 September 2008Adela dengan berat hatinya memaafkan kesalahan Burhan sambil memintanya membentuk strategi baru, lalu membawa Burhan ke sana sini untuk memperbaiki keperibadian Burhan. M memesan Burhan agar melapangkan fikirannya agar mudah mencari jalan. Sementara itu, Sanya merasa dirinya makin menghampiri rahsia M dan meminta rakan sekerja Budi menelefon M pada waktu siarannya.
Subplot: Deen (Afiq Nazmi Azmi) dan Zora (Nurul Wahida) bertengkar gara-gara keraguan mengenai komitmen cinta Deen, maka Deen perlu meminta nasihat M untuk membaiki hubungannya.
5Antara Dua Darjat11 September 2008Adela tidak puas hati dengan mutu pembentangan Burhan di mesyuarat terbaru, maka Dato' Razak mencadangkan Burhan dibawa ke majlis perkahwinan Masnita (Nabila Huda) dan Tamrin (Razif Hashim) untuk tujuan memahami jenis pembeli yang disasarkan. Di sana, Burhan memperoleh nasihat dari seorang tetamu yang berpenampilan "mat motor" mengenai mengenali sasaran produk syarikatnya. Akan tetapi, tidak kurang juga kejadian yang tidak diingini di majlis itu.
Subplot: N orang berada, tetapi lain pula Kent. Maka Kent mendapat nasihat M untuk mengatasi rintangan cinta merentas darjat. Oleh itu, Ken membikin video khas untuk N sempena hari jadi N.
6Mungkinkah Ini Peluang Aku?18 September 2008Burhan terjatuh ke dalam kolam renang tetapi sempat diselamatkan. Dato' Razak tumpang gembira terhadap Burhan kerana berjaya menjual rumah termahal yang diusahakan oleh syarikat Corona, iaitu kepada "mat motor" tadi. Sedangkan Burhan semakin yakin untuk memikat hati Adela, Adela nampaknya semakin hampir dengan seorang kenalan lain yang melamarnya di majlis itu, sekaligus menghampakan Burhan serta mencuri perhatian dari Masnita dan Tamrin.
Subplot: Deen juga menghadiri majlis ini. Sehingga kini, dia masih gagal memikat semula hati Zora. Maka, dia terpaksa meminta bantuan bapanya.
7Aku Masih Di Sini25 September 2008Burhan teramat hampa dengan keputusan Adela menerima lamaran Adam lalu menyisihkan diri dari M. Adela menjelaskan sebab-sebab dia memilih Adam dan kisah lama Adam kepada Burhan. Sanya yang asyik mengigau akan identiti M menghampakan majikannya kerana gagal mengambil gambar di perkahwinan, tetapi terus mengeluarkan senjata terbarunya iaitu melancarkan pemburuan identiti M dengan tawaran ganjaran RM15,000. Oleh sebab Harian Kota melancarkan buruan identitinya, M menjadi rimas lalu sehari dia tidak muncul di corong radio kerana peminatnya membanjiri bangunan stesen radionya. Pejabat akhbar pun dibanjiri orang-orang yang mengakui dirinya M atau mengenali M.
8Siapakah Saya?8 Oktober 2008Sanya diminta mencari M sendiri kerana pihak atasan serik dengan kebanjiran orang ramai yang mengaku dirinya M. Burhan yang merenggangkan hubungannya dengan M seketika akhirnya cuba menghubunginya semula, tetapi dia terpaksa bertungkus-lumus sehingga dia mendapati bahawa M terlantar di hospital selama ini akibat kemalangan jalan raya yang meragut sebelah kakinya. Burhan berjanji untuk membawa Sanya bertemu dengan M, dan hajat Sanya selama ini tertunai jua. Di hospital yang sama, Dato' Razak dikejarkan kerana tercekik tetapi tidak sempat diselamatkan. Akhirnya Adela mengambil alih jawatan CEO di Corona, dengan Adam dan Burhan sebagai orang bawahannya. Di saat-saat akhir episod ini, wajah M akhirnya didedahkan di khalayak ramai dalam sebuah malam gala.