Watak Goda_(drama)

Watak utama

Sanya Salleh (Sazzy Falak)Sanya ialah seorang wartawan Harian Kota yang beria-ia untuk meninggalkan syarikat tabloid berkenaan, sungguhpun benar-benar boleh mengarang rencana yang kuat menarik ramai pembaca. Biarpun demikian, dia tertarik kepada M, maka dia hendak membongkar identiti M dengan sangkaan bahawa M bukannya seperti yang disangka ramai. Sanya turut menulis blog sendiri bertajuk Sindikasi Suara Sanya, demi memuaskan kehendaknya untuk mengarang dan menulis.Burhan (Lash Mokhtar)Burhan ialah seorang pekerja syarikat pemaju hartanah yang besar. Dia kurang keyakinan diri gara-gara kelelumur, dan sangat memerlukan tunjuk ajar untuk menarik perhatian wanita idamannya iaitu Adela. Untuk membantunya memikat hati Adela, dia selalu berhubung dengan M melalui blognya untuk meminta nasihat dan pertolongan berkenaan cinta, sehingga dia asyik bergantung pada pesanan M sehingga sekali dia dihampakan oleh kegagalan memikat Adela.Adela Razak (Dilla Syahirah)Adela ialah Pengarah Pengurusan dan juga anak tunggal kepada CEO syarikat di mana Burhan bekerja. Adela memang cerewet memilih jejaka idamannya, oleh itu tidak hairanlah dia mendapati Burhan itu lurus bendul. Apapun, Adela tetap merapatkan dirinya dengan Burhan untuk meningkatkan mutu kerja dan keyakinan diri Burhan.M (Shahredza Minhat)Juruhebah radio dan "Pakar" cinta yang memberi nasihat kepada sesiapa yang meminta pertolongannya melalui siaran radio dan di laman blognya. Dia tidak pernah mendedahkan identiti sebenar dirinya di khalayak umum, dan inilah yang diburu oleh Sanya agar rahsia-rahsianya terbongkar jua. Di episod terakhir, setelah lenyap seketika akibat kemalangan, M akhirnya mendedahkan wajah dirinya ke khalayak umum.

Watak sampingan

Encik Zainal (Radhi Khalid)Majikan kepada Sanya di syarikat penerbitan tabloid. Dia enggan melepaskan Sanya selagi tidak puas memerah cerita-cerita sensasi daripada Sanya yang dianggapnya sebagai wartawan terbaik tabloid tersebut.Dato Razak (Rahim Razali)Ketua Pegawai Eksekutif Corona Holdings. Dia kelihatan sebagai seorang tokoh korporat yang lemah lembut dan berhemah ketika berurusan di syarikatnya, dan juga seorang bapa penyayang kepada anaknya Adela. Dato Razak nampaknya tertarik dengan kebolehan Burhan sebagai seorang pekerja.Adam (Tony Eusoff)Seorang kenalan lama Adela yang berjaya melamar Adela di episod 6. Mengikut kata-kata Adela di episod 7, Adela tertarik dengan Adam sejak kecil lagi, ketika Adam terselamat dari tragedi Highland Towers.Budi (Nur Akmal Mohd)Rakan sekerja dan pembantu Sanya di pejabat Harian Kota.

Di samping itu, dalam setiap satu episod terdapat watak-watak yang hanya muncul dalam satu episod itu, iaitu lelaki yang mendapatkan nasihat M melalui radio atau blognya dan juga teman wanita atau wanita yang diidamkan mereka. Mereka dilakonkan oleh pelbagai pelakon Malaysia, baik bakat baru mahupun yang sudah ternama. Di episod 5 munculnya dua orang peserta rancangan realiti fesyen Project Runway Malaysia iaitu Hatta Dolmat dan Zery Zamry.