Grand_Prix_Malaysia_2009
Grand_Prix_Malaysia_2009

Grand_Prix_Malaysia_2009

Grand Prix Malaysia 2009 (secara rasmi XI Petronas Malaysian Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan Formula Satu yang diadakan pada 5 April, 2009, dan merupakan perlumbaan kedua musim 2009. Perlumbaan ini sepatutnya dipertandingkan sebanyak 56 pusingan, namun diberhentikan selepas pusingan ke-31 disebabkan hujan lebat. Perlumbaan ini dimenangi oleh Jenson Button, dari pasukan Brawn GP. Nick Heidfeld mendapat tempat kedua untuk pasukan BMW Sauber dan Timo Glock melengkapkan podium di tempat ketiga untuk pasukan Toyota.Disebabkan perlumbaan ini tidak dapat dilengkapkan sebanyak 75% (42 pusingan) untuk diperlukan bagi mendapat mata penuh, separuh mata sahaja diberikan, dan ia hanya berlaku dalam sejarah Formula Satu sebanyak lima kali, dan yang pertama sejak Grand Prix Australia 1991.