Nick_Heidfeld
Nick_Heidfeld

Nick_Heidfeld

Nick Lars Heidfeld, (lahir 10 Mei 1977 di Mönchengladbach, Jerman Barat) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Jerman. Walaupun mendapat beberapa tempat podium pada tahun 2005 bersama Williams, dan pada tahun 2007 dan 2008 dengan BMW Sauber, Heidfeld tidak pernah memenangi sebarang perlumbaan sejak bertanding dalam Formula Satu pada tahun 2000. Heidfeld juga sedang memegang tiga rekod lain. Beliau adalah pemandu yang mendapat bilangan mata kejuaraan dunia tertinggi tanpa memenangi sebuah Grand Prix, memegang rekod untuk menamatkan perlumbaan di atas podium tanpa sebarang kemenangan (13)[1], dan mempunyai tempat kedua yang paling banyak tanpa kemenangan, dengan 8. Beliau juga memegang rekod bagi klasifikasi perlumbaan yang paling berturut-turut sebanyak 41 perlumbaan, dan berkongsi rekod untuk menamatkan perlumbaan yang paling banyak dalam satu musim dengan Tiago Monteiro dan Felipe Massa selepas menamatkan kesemua 18 perlumbaan pada musim 2008.Pada tahun 2011, Heidfeld berlumba untuk pasukan Renault untuk mengantikan bekas rakan sepasukan BMW Sauber beliau, Robert Kubica yang cedera,[2] sebelum digantikan dengan Bruno Senna. Beliau kini memandu untuk pasukan Rebellion Racing dalam kejuaraan FIA World Endurance Championship.

Nick_Heidfeld

Lahir (1977-05-10) 10 Mei 1977 (umur 42)
Mata kerjaya 259
Pusingan terpantas 2
Pasukan Prost, Sauber, Jordan, Williams, BMW Sauber, Renault
Petak pertama 1
Kewarganegaraan Jerman
Perlumbaan terakhir Grand Prix Hungary 2011
Kejuaraan 0
Podium 13
Kemenangan 0
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2000
Kedudukan 2011 Ke-11 (34 mata)