Grand_Prix_Perancis_2000
Grand_Prix_Perancis_2000

Grand_Prix_Perancis_2000

Grand Prix Perancis 2000 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada Julai 2, 2000 di Circuit de Nevers Magny-Cours di Magny-Cours, Perancis. Ini merupakan perlumbaan kesembilan dalam kelendar Formula Satu musim 2000. Perlumbaan ini merupakan Grand Prix Perancis yang ke-78 dan merupakan yang kesepuluh untuk diadakan di Magny-Cours. Perlumbaan ini dipertandingkan sebanyak 72 pusingan.Perlumbaan ini dimenangi oleh David Coulthard dari pasukan McLaren. Ini merupakan kemenangan ketiga Coulthard pada musim ini. Rakan sepasukannya, Mika Häkkinen, mendapat tempat kedua dan McLaren mendapat keputusan 1-2 yang ketiga mereka pada musim ini. Pemandu Ferrari, Rubens Barrichello, mendapat tempat ketiga.