Grand_Prix_Singapura_2008
Grand_Prix_Singapura_2008

Grand_Prix_Singapura_2008

Grand Prix Singapura 2008 ialah perlumbaan ke-15 Formula Satu musim 2008. Ia diadakan pada 26 September hingga 28 September di Marina Bay, Singapura.Grand Prix ini menjadi perlumbaan F1 pertama yang diadakan pada waktu malam dan juga perlumbaan Kejohanan Dunia F1 ke-800 sepanjang sejarah sukan ini. GP ini diadakan di satu daripada dua buah litar baru pada tahun 2008, selain Grand Prix Eropah 2008 di Valencia, Sepanyol. Ia juga merupakan kali pertama Singapura menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu.Perlumbaan sepanjang 61 pusingan ini dimenangi oleh Fernando Alonso untuk pasukan Renault meskipun bermula dari petak ke-15 di grid. Nico Rosberg mendapat tempat kedua dalam kereta Williamsnya dan diikuti dengan kereta McLaren Lewis Hamilton.Pada September 2009, Renault F1 mengaku dalam satu mesyuarat FIA World Motor Sport Council bahawa pemandunya Piquet telah kemalangan dengan sengaja atas arahan pengarah pasukan Renault Flavio Briatore dan ketua jurutera Pat Symonds, dengan harapan membantu Alonso menang. Penyertaan pasukan Renault lalu dibatalkan daripada F1, dengan hukuman tergantung dua tahun sekiranya terdapat lagi pencabulan peraturan lain. Briatore digantung seumur hidup dari semua kejuaraan yang diiktiraf FIA, manakala Symonds digantung selama lima tahun.[1] Bagaimanapun, Briatore dan Symonds menyaman FIA di dalam mahkamah Perancis, dan pada 5 Januari, 2010, Tribunal de Grande Instance membalikkan hukuman tersebut terhadap mereka berdua.[2]