Aktivisme Greta_Thunberg

Mogok sekolah demi iklim

Pada 20 Ogos 2018, berikutan bencana gelombang haba serta kebakaran hutan di Sweden pada masa itu, beliau mula bertindak tidak menghadiri sekolah hingga pilihan raya umum Sweden 2018 berlangsung.[6] Pada masa itu, beliau bertindak berprotes di hadapan bangunan RIksdag pada setiap hari selama tiga minggu ketika waktu persekolahan sambil memegang sepanduk yang tertera frasa "skolstrejk för klimatet" ("mogok sekolah demi iklim" dalam bahasa Sweden).[7] Selepas pilihan raya umum berlangsung, beliau tetap melakukan mogoknya pada setiap hari Jumaat.

Ucapan

Beliau beberapa kali berucap dalam sidang-sidang berprofil tinggi di hadapan golongan berkepentingan berkenaan perubahan iklim.

Dalam sidang Forum Ekonomi Dunia pada 23 Januari 2019 di Davos,[8][9] beliau berkata bahawa sesetengah pihak telah mengetahui pelbagai perkara tidak ternilai yang telah dikorbankan untuk menjana kekayaan yang tidak terhingga sambil menunding jari terhadap para hadirin dengan berkata bahawa ramai dalam mereka ialah pihak yang dimaksudkan olehnya.[10] Beliau menyeru agar para hadirin bertindak "seolah-olah rumah mereka sedang dijilat api,"[11] dan pelbagai perubahan drastik perlu dilaksanakan dalam masyarakat untuk menanangi perubahan iklim seperti mengurangkan penghasilan gas karbon dioksida sebanyak 50% dalam masa 12 tahun.[12]

Rujukan

WikiPedia: Greta_Thunberg http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a19937763 http://data.rero.ch/02-A027910859 http://time.com/5463721/most-influential-teens-201... http://time.com/collection/100-most-influential-pe... http://katalog.nsk.hr/F/?func=direct&doc_number=00... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p422802026 http://isni.org/isni/0000000476898558 //www.worldcat.org/issn/0261-3077 https://www.bbc.com/news/av/world-europe-47231271/... https://edition.cnn.com/2019/01/25/europe/greta-th...