Grigori_Rasputin
Grigori_Rasputin

Grigori_Rasputin

Grigori Yefimovich Rasputin ( [ɡrʲɪˈɡorʲɪj jɪˈfʲiməvʲɪtɕ rɐˈsputʲɪn] ; 21 Januari 1869 - 30 Disember 1916) adalah seorang pendeta dalam kalangan kelas kebanyakan di Rusia. Beliau banyak mendapatkan pengaruh dalam kalangan orang ramai sehingga mampu berhubungan dengan keluarga Tsar Nikolai II, maharaja terakhir Empayar Rusia setelah dilihat mampu menyembuhkan penyakit hemofilia dialami puteranya Aleksei. Hubungan rapat Grigori bersama kerabat tersebut sangat memecah belahkan seisi istana di mana sebahagian besar yang menganggapnya agamawan manakala sebahagian yang lain anggap Grigori seorang yang pandai menipu helah; situasi ini memburuk lagi-lagi dengan kekalahan pihak Empayar dalam peperangan melawan kuasa-kuasa dunia lain awal 1910-an. Grigori pernah mengalami percubaan pembunuhan beberapa kali ke atasnya, namun dia akhirnya berjaya ditumpaskan seberapa istanawan yang melawannya pada awal 30 Disember 1916.