Kuasa Grimmjow_Jeagerjaques

Bentuk lepasan zanpakutō Grimmjow.

Grimmjow merupakan Sexta Espada ataupun Espada keenam, menjadikannya arrancar nombor 6 terkuat di bawah arahan Aizen. Selain daripada kelebihan yang ditawarkan zanpakutōnya, Grimmjow tidak mempunyai sebarang kebolehan unik yang lain, tetapi hanya menggunakan kebolehan umum hollow sahaja, seperti tembakan cero, dalam sesebuah pertarungan. Sebagai seorang Espada, dia mampu menggunakan serangan yang eksklusif untuk ahli Espada, iaitu serangan gran rey cero, di mana sebuah tembakan cero yang jauh lebih berkuasa dapat dihasilkan.

Pantera

Nama zanpakutō Grimmjow ialah Pantera (豹王, makna kasar: raja harimau bintang, namun dibaca dalam bahasa Sepanyol sebagai harimau kumbang).[4] Tsuba zanpakutōnya menyerupai huruf "S" bengkok, manakala sarung dan pemegangnya berwarna biru cair. Resurrección zanpakutō Grimmjow diaktifkan dengan arahan "kisar" (軋れ, kishire, merujuk kepada mengisar menggunakan gigi).[5]

Selepas "melepaskan" zanpakutōnya, grimmjow kelihatan lebih felin, mendapat beberapa ciri tambahan seperti gigi bergerigi dan berekor. Ekornya boleh digunakan sebagai cemeti.[6] Rambutnya menjadi panjang dan bermaya, dan ukiran matanya membesar, memanjang hingga ke hujung telinganya. Dia kehilangan topengnya dan digantikan dengan sejenis makhota di atas dahinya. Pakaiannya berubah menjadi sut putih yang dilorek dengan garis-garis, serupa dengan bentuk asal hollownya.

Selain daripada tahap kelajuan dan kekuatannya yang menakjubkan, bentuk lepasan Grimmjow menambah lagi kepantasan pergerakannya dan memberinya kawalan yang setanding. Dalam bentuk ini, dia juga boleh mengaum dengan kuat untuk mencipta gelombang-gelombang di udara. Dia juga mampu menembak beberapa "anak panah" daripada sikunya dengan kekuatan yang mencukupi untuk menghancurkan bangunan-bangunan besar. Tambahan pula, Grimmjow mampu mencipta serangan bertenaga daripada kukunya yang bergelar desgarrón (bahasa Sepanyol untuk "koyak") daripada hujung jarinya.