Sejarah Grup_vokal_lelaki

Maurice Starr diberi penghargaan kerana memulakan trend tersebut, dengan anak muridnya New Edition dan New Kids on the Block, walaupun istilah "boy band" masih belum wujud sehinggalah lewat 1990-an. Idea Starr ialah dengan mencedok templat tradisional daripada genre R&B (dalam kes ini ialah kumpulan remajanya New Edition) dan menggunakannya di dalam genre pop. Formula ini kemudiannya diperhalusi oleh beberapa pengurus Eropah seperti Nigel Martin-Smith dan Louis Walsh, sehinggalah pasaran pop UK sudah menjadi tepu dengan genre ini.

Penerbit TV Bert Schneider dan Bob Rafelson telah mendapatkan empat ahli untuk mempersembahkan rentak pop rancak sambil berlakon di dalam siri televisyen. Kumpulan Monkees kerap dianggap sebagai perintis di kalangan kumpulan boy band. Ditubuhkan pada tahun 1965 kumpulan tersebut dibubarkan pada tahun 1970. Walaupun istilah tersebut paling banyak dikaitkan pada kumpulan tahun-tahun 1990-an ke atas, pendahulunya memang wujud sepanjang sejarah muzik pop. Kumpulan The Temptations, popular sekitar dekad 1960-an, dan The Bee Gees, The Jackson 5, The Osmonds, dan Earth, Wind & Fire, popular sekitar dekad 1970-an, juga dianggap sebagai satu bentuk boy band bagi sesetengah peminat. Kumpulan boy band Latin Menudo ditubuhkan pada tahun 1977.

Salah satu daripada pengurus boy band yang paling berjaya ialah Lou Pearlman, yang bertanggungjawab melahirkan kumpulan boy band yang sangat berjaya seperti Backstreet Boys , 'N Sync dan US5. Di UK, produser Simon Cowell (dikenali di AS bagi siri francais American Idol/Pop Idol) juga dikenali kerana pernah menguruskan kumpulan boy band Westlife, yang dicipta oleh Louis Walsh[4] dan dipromosikan oleh bekas ahli boyband Ronan Keating dari kumpulan Boyzone.

Sejak tahun 2001, dominasi kumpulan boy band tradisional dalam carta muzik mula pudar dan mula digantikan dengan apa yang disifatkan oleh Gil Kaufman dari MTV sebagai 'boy band baru' yang 'lebih menyerupai Good Charlotte, My Chemical Romance, Sum 41, Simple Plan atau Dashboard Confessional'.[5]