Gua_Batu_Maloi
Gua_Batu_Maloi

Gua_Batu_Maloi

Gua Batu Maloi ialah gua granit yang terletak di Johol, Negeri Sembilan, semenanjung Malaysia. Ia terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin.[1] Ia terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung-ganang berdekatan. Antara tindihan batu-batu itu terbentuklah satu laluan gua yang boleh dilalui oleh manusia.[2]Gua ini mempunyai 24 pos sepanjang laluan 2.38 km di dalamnya manakala 987 meter panjang di luarnya pula.[3] Hutan lipur gua Batu Maloi diselia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan[4]