Banjaran_Titiwangsa
Banjaran_Titiwangsa

Banjaran_Titiwangsa

Koordinat: 5°58′11″N 101°19′37″E / 5.96985121639°N 101.326904297°E / 5.96985121639; 101.326904297Banjaran Titiwangsa, juga dikenali sebagai Banjaran Besar oleh penduduk tempatan, menganjur dari wilayah Songkhla dan Yala di selatan Thailand hingga ke Tampin di Negeri Sembilan. Sebuah banjaran didefinisikan sebagai deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.Banjaran Titiwangsa bertindak sebagai tulang belakang Semenanjung Malaysia yang memisahkan pantai barat dengan pantai timur Semenanjung. Ia merupakan unjuran dari Banjaran Tenasserim di Myanmar dan Thailand.Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.Di sini juga dijalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut.Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari selatan Thailand ke Negeri Sembilan, di mana Tampin merupakan titik penghujung banjaran itu secara geografi. Di kaki bukit selatan banjaran itu, kemuncak tertinggi ialah Gunung Ledang di Johor. Di sebelah utara, gunung Ulu Titi Basah yang terletak di sempadan Malaysia - Thailand merupakan kemuncak tertinggi. Kemuncak-kemuncak penting yang lain adalah Gunung Yong Belar, Gunung Gayong dan Gunung Chamah di sempadan Perak - Kelantan dan Gunung Nuang di sempadan Selangor - Pahang dan tidak jauh dari sempadan Negeri Sembilan.
Di Thailand, banjaran Titiwangsa dikenali sebagai Banjaran Sankalakhiri oleh penduduk tempatan.Sementara Perak dan Selangor dipisahkan dari Kelantan dan Pahang sepanjang Banjaran Titiwangsa, banjaran itu membahagikan Negeri Sembilan menjadi dua kawasan, iaitu Negeri Sembilan Barat yang merangkumi daerah Seremban, daerah Port Dickson dan daerah Rembau, dan Negeri Sembilan Timur yang terdiri daripada daerah Tampin, daerah Kuala Pilah, daerah Jempol dan daerah Jelebu.