Gunong
Gunong

Gunong

Gunong merupakan sebuah daerah yang terletak di jajahan Bachok, Kelantan. Keluasan Daerah Gunong ialah 57.54 kilometer persegi atau 22.20 batu persegi dengan bentuk muka bumi yang rata dengan bukit-bukit seperti Bukit Gunong, Bukit Chenda, Bukit Bator, Bukit Kechik dan Bukit Hanyut. Daerah Gunong bersempadang dengan Daerah Banggu dan Daerah Peringat, di dalam jajahan Kota Bharu, Daerah Mahligai yang merupakan pecahan daripada sebahagian Daerah Gunong disebelah Baratnya. Daerah Bukit Jawa disebelah Jajahan Pasir Puteh di sebelah selatannya, Daerah Melawi dan Daerah Beklam di sebelah barat daya dan Timur Lautnya. Daerah Gunong mempunyai 12 mukim penghulu.Bancian penduduk Daerah Gunong pada tahun 2009 ialah 24,180 orang dengan:Pada masa dahulu di daerah ini ada sebuah pekan yang dikenali dengan nama Pekan Gunong atau dipanggil juga Kedai Gunong berpusat tepi jalan utama yang bercabang empat dan dikenali sebagai Simpang Empat Gunong. Di sinilah merupakan pusat kegiatan ekonomi penduduk tempatan kerana terdapat banyak kedai-kedai perniagaan dan dan gerai makan dan terdapat juga sebuah pasar yang menjalankan aktiviti menjual ikan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun pasar ini tidak seaktif Pasar Jelawat yang terletak di Pekan Jelawat.