Sejarah Gunong

Sejarah menunjukkan Daerah Gunong telah wujud sekitar tahun 1800 bersama Lundang, Kampung Laut, Banggol, Lebir, Salor, Kadok, Galas, Limbat dan Bukit Marak. ketika Kelantan diperintah oleh Sultan Mohammad II (1839-1886) yang juga memrintah Kelantan serta jajahan takluknya. Daerah Gunong yang ketika itu dikenali sebagai "Bukit Pancor" adalah di bawah pemerintahan Long Ahmad bin Long Yusoff yang telah dilantik oleh Sultan Muhammad I (1800-1835) mengantikan ayahndanya Long Yusoff yang mangkat. Beliau yang dikenali sebagai "Raja Bukit Pancor" mempunyai pusat pemerintahan yang sekarang ini terletak dikawasan "Gunong Kuari". Beliau yang kalah perang dengan Raja Limbat di Kampung Padang MooKan, Dalam Daerah Peringat yang telah menyokong abang iparnya Long Senik Mulut Merah yang kemudian menjadi Sultan Muhammad II telah melarikan diri ke Kemaman , Terengganu.

Mendapat nama dari sebuah bukit yang berbentuk seperti gunong. Ianya di gelar sebagai Gunong (walaupun ianya sebuah bukit) memandangkan diantara kebanyakan bukit-bukit yang berhampiran seperti Bukit Kechik, Bukit Chenda, Bukit Bator - adalah lebih rendah ketinggiannya berbanding dengan Bukit 'Gunong'. Oleh itu untuk membezakan Bukit yang tinggi ini dari bukit-bukit yang lain maka ianya dipanggil Bukit Gunong. Demikianlah namanya diperolehi.