Salor

Salor merupakan sebuah Daerah dalam Jajahan Kota Bharu yang diketuai oleh seorang Penggawa lantikan suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Daerah Salor mempunyai 7 mukim penghulu dan 5 mukim Imam yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kelantan mengikut sempadan-sempadan yang ditetapkan, terletak di barat Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak dalam laluan dari ibu negeri Kelantan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli dan utara negeri-negeri di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak dalam Parlimen Kubang KerianMukim Penghulu dalam Daerah Salor adalah Mukim Telok Kandis Mukim Padang Sakar Mukim Betong Mukim Seberang Pasir Mas Mukim Aur Duri Mukim Keladang Mukim Padang Tengah Timur Manakala Mukim Masjid pula terdiri daripada Mukim Salor Mukim Padang Chenok Mukim Seberang Pasir Mas Mukim Pengkalan Kubor Mukim Padang TengahPejabat Penggawa Daerah Salor terletak di Mukim Teluk Kandis yang dikenali sebagai kawasan Kedai Salor,kawasan kedai salor merupakan pekan asal dan tempat kegiatan ekonomi bagi penduduk di daerah salor pada satu ketika dahulu dimana menjadi pusat tumpuan penduduk sekitar dan dari jajahan pasir mas yang hanya perlu menyeberang sungai untuk ke kedai salor