Gunung_Etna
Gunung_Etna

Gunung_Etna

Gunung Etna (Bahasa Itali:Etna [ˈɛtna] atau Mongibello [mondʒiˈbɛllo], Bahasa Sicilia: [mʊndʒɪbˈbɛɖɖʊ] atau â Muntagna, bahasa Bahasa Latin: Aetna) ialah sebuah gunung stratovolkano aktif terletak di pantai timur Sicilia, Itali, di Kota Metropolitan Catania antara bandar-bandar Messina dan Catania. Ia terletak di atas margin plat tertumpu antara Plat Afrika dan Plat Eurasia. Ia merupakan gunung berapi aktif tertinggi di Eropah[3] kini setinggi 3,329 m (10,922 ka), namun ia bergantung kepada puncak letusan. Ia adalah puncak tertinggi di Itali selatan pergunungan Alp. Gunung Etna meliputi kawasan seluas  1,190 km2 (459 bt2) dengan lilitan pangkal sepanjang 140 km yang menjadikannya gunung berapi aktif yang terbesar di Itali kira-kira dua setengah kali lebih besar daripada gunung yang berikutnya, Gunung Vesuvius. Hanya Gunung Teide di Tenerife (milik Sepanyol) yang lebih besar daripadanya di seluruh kawasan Eropah–Utara-Afrika.[4] Menurut mitos Yunani kuno, raksasa Typhon yang berbahaya dikatakan terperangkap di bawah gunung ini oleh Zeus, dewa langit dan guruh merangkumi raja dewa-dewa, dan tempaan Hephaestus juga dikatakan berada di bawah kawahnya.[5]Gunung Etna ialah salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia. Tanah gunung berapinya yang subur sesuai untuk pertanian meluas, dengan dusun-dusun anggur wain dan buahan yang tersebar di seluruh lereng rendah gunung terbabit serta Dataran Catania yang luas ke selatannya. Kerana sejarah aktivitinya yang agak baru serta kependudukan yang dekat, Gunung Etna telah ditandakan sebagai sebuah Gunung Berapi Dekad oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[6] Pada Jun 2013, gunung ini telah dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[7]

Gunung_Etna

Letusan terakhir 16 Mac 2017
Pengasingan 999 kilometer (621 mi)
Koordinat 37°45.3′N 14°59.7′E / 37.7550°N 14.9950°E / 37.7550; 14.9950Koordinat: 37°45.3′N 14°59.7′E / 37.7550°N 14.9950°E / 37.7550; 14.9950[1]
Kriteria (viii) [2]
Inskripsi 21 Jun 2013 (sesi tidak diketahui)
Dalam bahaya
Senarai Ultra
Tonjolan 3,329 m (10,922 ka) 
Tempat ke-59
Usia batuan 350,000 – 500,000 tahun
Rujukan 1427
Jenis gunung Stratovolkano
Ketinggian 3,329 m (10,922 ka) , (bergantung)

Rujukan

WikiPedia: Gunung_Etna http://www.italymagazine.com/news/mount-etna-becom... http://www.lonelyplanet.com/italy/sicily/mt-etna/a... http://travel.nationalgeographic.com/travel/parks/... http://www.rifugiosapienza.com/chi-siamo/?lang=en http://vulcan.wr.usgs.gov/Volcanoes/DecadeVolcanoe... http://vulcan.wr.usgs.gov/Volcanoes/Italy/descript... http://www.guidetna.it/en/webcam-etna-1 http://www.guidetna.it/it/attivita/tremore-vulcani... http://www.guidetna.it/it/foto-etna http://www.ct.ingv.it/it/webcam-etna.html