Gunung Etna (
Bahasa Itali:Etna [ˈɛtna] atau Mongibello [mondʒiˈbɛllo], Bahasa Sicilia: [mʊndʒɪbˈbɛɖɖʊ] atau â Muntagna, bahasa
Bahasa Latin: Aetna) ialah sebuah gunung
stratovolkano aktif terletak di pantai timur
Sicilia,
Itali, di Kota Metropolitan Catania antara bandar-bandar
Messina dan
Catania. Ia terletak di atas margin plat tertumpu antara
Plat Afrika dan
Plat Eurasia. Ia merupakan gunung berapi aktif tertinggi di
Eropah[3] kini setinggi 3,329 m (10,922 ka), namun ia bergantung kepada puncak letusan. Ia adalah puncak tertinggi di Itali selatan
pergunungan Alp. Gunung Etna meliputi kawasan seluas 1,190 km2 (459 bt2) dengan lilitan pangkal sepanjang 140 km yang menjadikannya gunung berapi aktif yang terbesar di Itali kira-kira dua setengah kali lebih besar daripada gunung yang berikutnya,
Gunung Vesuvius. Hanya
Gunung Teide di
Tenerife (milik
Sepanyol) yang lebih besar daripadanya di seluruh kawasan Eropah–Utara-Afrika.
[4] Menurut mitos Yunani kuno, raksasa Typhon yang berbahaya dikatakan terperangkap di bawah gunung ini oleh
Zeus, dewa langit dan guruh merangkumi raja dewa-dewa, dan tempaan
Hephaestus juga dikatakan berada di bawah kawahnya.
[5]Gunung Etna ialah salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia. Tanah gunung berapinya yang subur sesuai untuk
pertanian meluas, dengan dusun-dusun anggur wain dan
buahan yang tersebar di seluruh lereng rendah gunung terbabit serta Dataran Catania yang luas ke selatannya. Kerana sejarah aktivitinya yang agak baru serta kependudukan yang dekat, Gunung Etna telah ditandakan sebagai sebuah Gunung Berapi Dekad oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
[6] Pada Jun 2013, gunung ini telah dimasukkan ke dalam senarai
Tapak Warisan Dunia UNESCO.
[7]