Gunung_Lucia

Gunung Lucia merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia.[1] Gunung Lucia mempunyai ketinggian setinggi 1,189 meter. [2]Gunung Lucia merupakan gunung berapi pendam.[3] Gunung Lucia terkelompok berhampiran dengan Gunung Maria, dan Gunung Magdalena yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah. Selain Gunung Lucia, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.[4]

Gunung_Lucia

Lokasi Sabah, Malaysia
Ketinggian 1,189 m (3,901 ka)