Gunung_Magdalena

Gunung Magdalena merupakan sebuah gunung yang terdapat di Taman Bukit Tawau, daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Magdalena mempunyai ketinggian setinggi 1,331 meter. [1]Gunung Magdalena terkelompok berhampiran dengan Gunung Lucia, dan Gunung Maria yang terletak dalam kawasan Taman Bukit Tawau, kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau, Sabah. Selain Gunung Magdalena, terdapat beberapa lagi gunung di sekelilingnya yang merupakan bekas gunung berapi purba iaitu Gunung Bombalai, Quoin, Andrassy, Wullersdorf, Bukit Table, Bukit Tiger dan Bukit Tinagat.[2]

Gunung_Magdalena

Lokasi Sabah, Malaysia
Ketinggian 1,331 m (4,367 ka)