Gurun_Algeria
Gurun_Algeria

Gurun_Algeria

Gurun Algeria (Arab: الصحراء الجزائرية) merupakan sebahagian daripada rangkaian Gurun Sahara di benua Afrika. Di gurun ini terdapat banyak gumuk pasir yang terbentuk daripada tiupan angin. Selain itu, banjaran gunung Tassili n'Ajjer juga terletak di gurun ini iaitu di kawasan barat daya. Kawasan ini tersenarai dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh pihak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1982.[1]