Gyanendra_Bir_Bikram_Shah_Dev
Gyanendra_Bir_Bikram_Shah_Dev

Gyanendra_Bir_Bikram_Shah_Dev

Gyanendra Bir Bikram Shah Dev (Bahasa Nepal: ज्ञानेन्द्र वीर बिक्रम शाहदेव; Jñānendra Vīra Vikrama Śāhadeva) (lahir 7 Julai 1947) ialah raja Nepal yang terakhir. Baginda menaiki takhta berikutan kemangkatan anakanda saudara baginda, Dipendra yang memegang perana Raja selama tiga hari sahaja ketika dalam keadaan koma, berikutan pembunuhan raja sebelumnya (kanda Gyanendra, Birendra) dan ahli-ahli kerabat diraja yang lain.Pada Februari 2005, Raja Gyanendra mengambil alih penguasaan kerajaan sepenuhnya, sekaligus memansuhkan parlimen yang terpilih. Berikutan penentangan terhadap pemerintahan langsung baginda, baginda terpaksa menyerahkan semula kuasa kepada parlimen pada April 2006 yang sekaligus mengurangkan status raja kepada raja istiadat sahaja. Baginda kekal menjadi raja sehingga 28 Mei 2008 apabila persidangan dewan perwakilan rakyat memutuskan untuk membubarkan pemerintahan baginda lalu menjadikan Nepal republik persekutuan, oleh itu Gyanendra menjadi raja Nepal yang terakhir.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Gyanendra_Bir_Bikram_Shah_Dev http://edition.cnn.com/2001/WORLD/asiapcf/south/06... http://www.cnn.com/2005/WORLD/asiapcf/02/01/nepal.... http://www.cnn.com/2006/WORLD/asiapcf/04/19/nepal.... http://www.hinduonnet.com/2001/07/27/stories/05272... http://telegraphnepal.com/news_det.php?news_id=348... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8... http://www.4dw.net/royalark/Nepal/nepal13.htm http://meronepal-com-np.f2g.net/atglance/royalbiog... http://www.nettyroyal.nl/nepal2.html http://www.scoop.co.nz/stories/HL0706/S00029.htm