Pemerintahan Gyanendra_Bir_Bikram_Shah_Dev

Templat:Nepalese Royal Family

Potert lakaran Raja Gyanendra dalam pakaian tentera

Pada tahun-tahun pertama di atas takhta, Gyanendra hendak melaksanakan penguasaan penuh terhadap kerajaan gara-gara kegagalan semua parti. Pada Mei 2002, baginda menyokong Perdana Menteri Sher Bahadur Deuba yang diundi rakyat ketika menyuraikan parlimen yang terpilih pada tahun 1999. Pada Oktober 2002 baginda melucutkan jawatan Deuba dan menggabungkan kuasa baginda buat julung kalinya. Dari tahun-tahun 2002 hingga 2005 beliau melantik dan kemudian memecat tiga orang perdana menteri, akhirnya melucutkan Deuba untuk kali kedua lalu mengambil alih selaku raja mutlak pada 1 Februari 2005.[4]Kandanya Raja Birendra pernah merundingkan sistem raja berperlembagaan secara teliti yang mana baginda selaku Raja memainkan peranan kecil dalam kerajaan. Maka pendekatan Raja Gyanendra yang berkonfrontasi dengan parti politik menghadapi kritikan hebat.

Apabila King Gyanendra mengambil kuasa sepenuhnya buat kali kedua pada 1 Februari 2005, baginda mendakwa kerajaan Perdana Menteri Sher Bahadur Deuba gagal membuat persediaan untuk pilihan raya parlimen serta tidak mampu memulihkan keamanan di negara yang ketika itu tengah mengalami perang saudara yang dicetuskan pemberontak Maois.[10]

Raja Gyanendra berjanji bahawa "keamanan dan demokrasi berkesan" akan dipulihkan dalam masa tiga tahun,[11]tetapi zaman pemerintahan mutlak ini dicemari penindasan terhadap pihak yang berselisih dengan pemerintah.[12] Pertubuhan antarabangsa meluahkan rasa amat bimbang terhadap keselamatan wartawan berikutan keputusan raja mengehadkan kebebasan awam, termasuk kebebasan akhbar, perlindungan berperlembagaan menentang penapisan dan hak menentang penahanan bagi tujuan pencegahan.[13]Gyanendra membidas dengan menyatakan bahawa "demokrasi dan kemajuan saling bercanggah" sebagai langkah yang perlu untuk meulihkan keamanan di negara.

Pada April 2006, para pendukung perlembagaan mengadakan tunjuk perasaan dan mogok di Kathmandu menentang pemerintahan mutlak Raja Gyanendra. Kerajaan diraja membalas dengan mengisytiharkan perintah berkurung dan menguatkuasakannya dengan senjata api dan gas pemedih mata. Tindakan kerajaan ini menghadapi kutukan dari negara lain termasuk India dan Amerika Syarikat. Pada 21 April 2006, Raja Gyanendra mengumumkan bahawa baginda akan menyerahkan kekuasaan eksekutif kepada seorang perdana menteri baru yang dipilih oleh parti-parti politik untuk mengawasi pemulihan demokrasi. Sesetengah pemimpin parti menolak tawaran itu lalu menggesa agar raja mengadakan majlis untuk menentukan peranan raja dalam politik pada masa hadapan. Pada 24 April 2006, Raja Gyanendra memulihkan parlimen sebelumnya dalam satu ucapan kebangsaan yang disiarkan melalui televisyen.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Gyanendra_Bir_Bikram_Shah_Dev http://edition.cnn.com/2001/WORLD/asiapcf/south/06... http://www.cnn.com/2005/WORLD/asiapcf/02/01/nepal.... http://www.cnn.com/2006/WORLD/asiapcf/04/19/nepal.... http://www.hinduonnet.com/2001/07/27/stories/05272... http://telegraphnepal.com/news_det.php?news_id=348... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,8... http://www.4dw.net/royalark/Nepal/nepal13.htm http://meronepal-com-np.f2g.net/atglance/royalbiog... http://www.nettyroyal.nl/nepal2.html http://www.scoop.co.nz/stories/HL0706/S00029.htm