Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Ark Royal.HMS Ark Royal adalah sebuah
kapal pengangkut pesawat ringan dan bekas kapal armada bagi
Tentera Laut Diraja.
[7] Ia merupakan kapal ketiga dan terakhir dari
kelas Invincible. Kkapal ini telah dibina oleh
Swan Hunter di tebing
Sungai Tyne dan dilancarkan pada tahun 1981. Ark Royal telah ditauliahkan oleh
Ratu Elizabeth si Bonda Ratu. Ia mula memasuki perkhidmatan selepas kapal
HMS Invincible dan
HMS Illustrious pada tahun 1985.Dikenali sebagai The Mighty Ark, kapal ini merupakan kapal kelima dalam Tentera Laut Diraja yang memakai nama
kapal armada yang mengalahkan
Armada Sepanyol pada tahun 1588.
[8] Pada awalnya, ia hendak dinamakan sebagai
Indomitable[9] bagi menandingi keseluruhan kelas tetapi kemudian diubah disebabkan oleh reaksi rakyat ekoran kehilangan nama Ark Royal selepas kapal
Ark Royal sebelumnya diskrapkan pada tahun 1980, selepas 30 tahun berada dalam perkhidmatan.[
petikan diperlukan]Kapal ini sedikit besar berbanding kapal-kapal sebelumnya, dan dan lompatan ski yang lebih curam, Ark Royal membawa pesawat
STOVL iaitu
Harrier Jump Jet, selain pelbagai jenis helikopter. Dengan jumlah krew lebih daripada 1,000 kelasi dan juruterbang, kapal ini berada dalam perkhidmatan aktif dalam
Perang Bosnia pada tahun 1990-an dan
Serangan ke atas Iraq 2003.Asalnya ia dijadualkan untuk dibersarakan pada tahun 2016, Ark Royal sebaliknya dilucut tauliah pada 11 Mac 2011, sebagai sebahagian daripada
penstrukturan semula Tentera Laut dalam
Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik 2010.
[10] Selepas Ark Royal' dilucut tauliah,
HMS Albion mengantikan ia sebagai kapal armada bagi Tentera Laut Diraja.
[11] Ark Royal kemudian dijual sebagai skrap kepada sebuah syarikat Turki iaitu Leyal Ship Recycling dan belayar meninggalkan
Portsmouth pada Mei 2013.
[12]